Friday, November 6, 2009

MPV Tu Apa?

MPV tu apa? Subjek apa tu? Inilah soalan-soalan yang biasa saya dengar bila orang bertanya tentang subjek yang saya ajar. Letih juga nak menjawab soalan-soalan macam ni, yang lebih sedih tu kadang-kadang dikalangan guru pun ada yang tak tahu MPV tu apa... MPV tu ialah akronim untuk Mata Pelajaran Vokasional, jangan tersilap dengan multi purpose vehicle pula. Secara ringkasnya MPV ni ialah subjek-subjek vokasional yang kini ditawarkan di sekolah-sekolah harian biasa. Kalau dulu pelajar yang ingin belajar kemahiran terpaksa ke sekolah vokasional tapi kini subjek-subjek ini ditawarkan di sekolah menengah harian biasa.
Setakat pengetahuan saya terdapat 22 subjek di bawah MPV ini dari Rekaan dan Jahitan Pakaian, Automotif, Menservis Peralatan Elektrik Domestik, Landskap & Nurseri, Seni Reka Tanda dan macam-macam lagi hinggalah Produksi Multimedia (subjek yang saya ajar). Walaupun terdapat 22 subjek, setiap sekolah cuma menawarkan satu atau dua subjek sahaja. Maksudnya jika anda berminat untuk mengambil subjek Produksi Multimedia, anda kena mencari sekolah yang menawarkan matapelajaran ini. Setakat pengetahuan saya setakat ini matapelajaran Produksi Multimedia ini hanya ditawarkan oleh lebih kurang 3 buah sekolah sahaja untuk setiap negeri. Kebiasaannya MPV ini ditawarkan untuk kelas-kelas belakang di setiap sekolah. Persepsi masyarakat bahawa matapelajaran vokasional ini hanya untuk pelajar-pelajar yang bodoh perlu diubah. Sebenarnya kebanyakan pelajar yang berada di kelas belakang bukanlah disebabkan otak mereka lembab atau bodoh seperti tanggapan kebanyakan orang. Pelajar-pelajar ini sebenarnya tidak dapat menunjukkan kebolehan sebenar mereka kerana sebenarnya otak atau minat mereka bukan menjurus kepada akademik.


Mengikut teori
multiple intelligence oleh Dr Howard Gardner manusia boleh dibahagikan kepada 8 jenis kecerdasan iaitu linguistik, logik & matematik, spatial, kinestetik, musikal, interpersonal, intrapersonal dan natural. Sistem akademik yang biasa kita lihat di sekolah sebenarnya tidak dapat benar-benar mencakupi keseluruhan aspek ini. Secara mudah jika kita lihat kebanyakan pelajar-pelajar kelas belakang ini jika diberikan tugasan yang melibatkan kemahiran atau outdoor biasanya mereka sangat berminat. Tugas-tugas seperti mengecat, melukis mural, membaiki perabot dan membaiki enjin biasanya dapat dibuat dengan amat baik berbanding jika disuruh membaca. Ini menunjukkan secara asasnya kecerdasan atau bakat semulajadi mereka bukan pada membaca tetapi lebih kepada bidang lain. Kita perlu mengubah persepsi dan budaya kita melabel pelajar-pelajar kelas belakang sebagai bodoh dan lembab. Ini dapat dibuktikan jika kita melihat prestasi peperiksaan SPM yang lepas. Kebanyakan sekolah yang saya lihat, prestasi SPM untuk MPV kebiasaanya 100% setiap tahun tapi biasanya orang akan berkata, "MPV bolehlah, senang je, soalan macam budak sekolah rendah, tak belajar puun boleh jawab .." saya pun tertanya-tanya betul ke senang? kalau lihat kertas soalan Produksi Multimedia memang lah senang bagi saya lalu saya pun cuba lihat-lihat kertas soalan rakan yang mengajar Landskap & Nurseri. Keputusannya... satu pun soalan saya tak boleh jawab. Di dalamnya penuh dengan nama-nama scientific pokok dan macam-macam terms yang tak pernah saya dengar. Macam mana orang boleh kata soalan MPV ni senang? Pernah ke mereka buat atau tengok soalan MPV? Tetapi yang membanggakan, ramai pelajar-pelajar ini boleh skor A dalam SPM yang lepas. Ini menunjukkan sebenarnya mereka bukan lembab atau bodoh, cuma dunia persekolahan yang mereka lalui selama ini tidak dapat menonjolkan kemahiran sebenar mereka. Kesimpulannya, jika anda mengenali pelajar-pelajar seperti di atas, cubalah rekomen kat dia subjek MPV ni. Akhir kata saya nak berkongsi nasihat yang selalu saya bagi pada pelajar-pelajar saya iaitu "tiada pelajar yang bodoh, yang ada cuma pelajar yang malas".

8 comments:

  1. Saya cadangan supaya MATAPELAJARAN mpv diadakn Di semua sek. Harisn biasa.. Kerana ia nya sangat bagus utk murid yg kelas hujung.. Dpr beri peluang pekerja an pada mereka kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut sekolah jugak... Kalau sekolah ada kawasan luas.

      Delete
  2. Saya pelajar yang ambil aliran ini juga tapi musyhkil. Aliran Mpv ni termasuk sekali jugak ke dengan aliran sastera ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas... Peperiksaan PT3. Pelajar tingkatan 3 diberi pilihan untuk memilih aliran masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan. Aliran sains tulen... Perlu lulus subjek sains dan matematik PT3. Aliran sastera... Menawarkan subjek Pendidikan seni, Geografi, perniagaan, perdangangan dan subjek teras lain yang wajib lulus dalam spm seperti Bahasa Melayu dan sejarah.

      Delete
  3. Hi sorry for interrupt...��im also MpV class...Rekaan dan jahitan pakaian 2021 ting 5
    In my school totally 12 classes
    I'm forth class ��
    I'm proud to say this MpV class is forth class...
    Don't say stupid student or don't interest in studies...��
    Now the good students��also study at MpV ...one of the reason is we get spm certificate and MpV certificate too..
    And proud to say that I have knowledge and experience...��

    ReplyDelete
  4. Gred MPV dikira tak dalam GPS dan gred purata calon?

    ReplyDelete
  5. Respect and that i have a keen give: House Renovation What Order brick house exterior makeover

    ReplyDelete